Asia Tenggara dan India merupakan antara destinasi yang berpotensi untuk pelaburan baharu, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Beliau berkata ketika ini, dana strategik negara itu sedang meneliti masa yang sesuai untuk pelaburan baharu, serta peluang untuk meningkatkan keberadaannya di peringkat global.